Semasa seminar dengan Dato Zaki Khan pada 2014- pada topik regangan, beliau menekankan suatu yang amat mustahak. Beliau mengikuti kelas yoga, kerana ia penting bagi seorang atlet strongman.
Pada masa tu, bila naik ke studio yoga, para ahli gimnasium tidak mengikutinya-walaupun beliau juga mengajar mereka mengangkat bebanan.
Ramai antara pemain gimnasium, tidak ikut kelas regangan khusus, seperti yoga dan pilates. Jika nak berjaya bina badan, kita perlu pertimbang untuk buat regangan secukupnya.